Monday, May 13, 2013

KNAPPA Camera IKEA – jiyeahhh, den monang…

Assalamualaikum semua. Yeahh, menang lagi kali ni. Alhamdulillah. Bulan lepas Ikea ada anjurkan contest. Ikea Snap and Win. Saya, selaku warga Malaysia yang memang gemar join contest2 nih, teruslah dengan bangganya join contest Ikea nih.

Mudah je join aritu. Snap pic dan terus upload kat Instagram dengan tag khas. I join tag #IKEAMYstore. Syaratnya ambil pic kat Ikea, dalam apa jua pose, pastu upload. Ada gak #IKEAMYkids dan satu lagi dah terlupa.

fazdly ikea 1

Itu nama saya. Terselit2 antara pemenang2 lain. ^_^

fazdly ikea 2

Tadaaa, inilah hadiahnya. Knapp Camera by Ikea. Kamera digital diperbuat dari kadbod. Wahh, klasik gitu. Jangan memain ko. Nampak cam alat permainan je. Boleh ke guna nih. Ke ala2 buat perhiasan je.

Setelah diteliti di youtube, barulah tahu camna nak gunakan. 2.3 MP. Cam kamera berihitam I dulu2. Ia gunakan 2 bateri AAA. Takdelah flash ye kawan2. Juga tiada image stabilizer. Begitu juga zoom, xde lah nak zoom2 bagai. Basic digital camera. Takdelah canggih cam kamera Yuna tuh.

Nak amik pic, tekan punat kat depan tuh, pastu tunggu 8 saat, baru imej akan dicapture. Jenuhlah plak nak menunggu. Hehehhee. Nak tengok pic lepas amik, takde lah senah oiii. Kena g tgk kat komputer. Cucuk kan je USB port tu, barulah boleh tgk.

fazdly ikea 3

Ini pic yang memang sedia ada dalam kamera.

fazdly ikea 4

Inilah pic yang diambil oleh saya. So-so lah kualiti nya. Kesimpulannya, pic memang berpotensi utk menjadi kabur dan tak sharp. Jadi, Knappa nih bukanlah direka utk menjadi kamera digital yang hebat. Just utk fun dan koleksi barang2 Ikea.

Kalau nak tgk full review pasal Knapp nih, g lah jejenguk kat youtube. Nak tempek kat sini, tak reti plak. Satu lagi info yang menarik. Ikea tak jual Knappa kamera nih. So, limited edition gitu. I salah sorang yang ada Knappa ni. Hewwhewwwhewwww ^_^

mood:~ ^_^ ~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...