Monday, August 27, 2012

Puding Roti Ringkas–Resepi Jely

Hai, Salam Aidilfitri. Hari nak kongsi resepi. Puding roti. Mementang ada oven baru. Jom masak2. Jumpa resepi ni kat myresepi.com. Ubah2 sket.

bread 1

sebelum

bread 2

selepas ^__^

Bahan-bahan:

1/2 buku  Roti Wholemeal
1 tin         Susu krimer sejat F&N
1 paket    Coklat Cip
5 sb         Cornflakes
2 sb         Tepung Kastard
3 sb         Gula
Sedikit esen vanila
Sedikit butter

Sos Vanila Lalala

1 tin         Susu krimer sejat F&N
1 sb         Tepung Kastard
2 sb         Gula
Sedikit esen vanila

Kak Edahnya:

1) Roti wholemeal dihiris dengan sepenuh jiwa. Kira tebal 2-3 cm. Nak lagi senang, guna je roti wholemeal keping2 tuh, dalam 6-7 keping. Saya gunakan roti buku tu, sebab ada promosi kat Carrefour. Heh.

2) Sapulah butter dengan sopan santun di sekeliling loyang, supaya puding roti kita tak melekat kelak. Susunkan roti2 itu sehingga menutupi dasar loyang itu. Taburkan coklat cip sekali. Kalau ada buah2an, taburkan juga. Tabur itu cornflakes juga.

3) Panaskan susu krimer sejat, tepung kastard, gula, esen vanila. Takyah lah sampai buih2. Cuma pastikan gula tu larut.

4) Tuangkan bahan-bahan yang dipanaskan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 200 oC, selama 15 minit. Tadaaaa.

5) Untuk sos, panaskan susu krimer sejat, tepung kastard, gula, esen vanila. Bila semua dah sebati. Masukkan sikit butter, simpanlah ia di dalam peti ais. Walawehh.

6) Potong puding roti, tuang sos vanila, makan yeopppp.

Jemput makan semua.

bread 3

FlavorWave Turbo Oven. Gajet baru di dapur kami. Teheee… Masak guna halogen bulb uols.

mood:~jom cuba~

Friday, August 24, 2012

Jom Jadi Lebih Baik

OK. Di pagi hening syahdu. Sambil dengar ulangan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza dekat HotFM, tetiba nak tulis2 sket. Ni yang best ada blog. Sesuka suki nak tulis apa. Tapi jangan nak tulis cerita yang bukan-bukan. Kang kena saman, mana Kak Loofahh nak cari duit bayor. Keh2.

Bersempena usia nak injak ke 30 nih, kekadang terasa masih remaja. Wah, remaja tau. Ala-ala remaja sunti naik buaian nyanyi kuat2 dengan harapan ada yang naik kuda kepang datang meminang. Eh, datang meminang??? Sedikit kekeliruan di situ. Hu3.

Sekarang tgh gigih utk ubah satu habit yang dah lama bebeno bersarang dalam diri. Saya cepat bebeno jatuhkan hukum kat org. Tgk je ada pompuan cantik jalan2 dengan org tua2 sket, terus spekulasi bapa gula. Padahal minah tu temankan ayah dia g beli ubat.

Harap selepas ini, diri ini tak mudah menghukum org sesuka hati. Kita tak layak nak hukum org sesuka hati, tapi itulah yang sering terjadi. Nampak je lain macam sket, terus sok sek ngata org, buat assumption sendiri. Hurm, harap2 kuat semangat.

Lumrah manusia kot, suka nampak kalau org lain jatuh. Suka tgk org lain lebih lemah berbanding kita. Uish, jauh2 kan lah menda ni yer. Takpe pelan2, nanti sikit2 jadilah kita lebih baik dari yang sebelumnya. So, lepas ni, kalau tgk org lain macam je, cuba clarify, tanya bebetul, then baru nilai sendiri.

Banyak lagi sifat2 mazmumah dalam diri nih. Slow2 ye Mak Jemah, kita ubah sket2 yer. Moga2 kita jadi insan yang lebih baik dan lebih bermakna. Amin.

Thursday, August 23, 2012

Raya Rayi 2012…

Salam Aidilfitri semua. Maaf Zahir Batin. Berkesempatan juga raya tahun ni. Alhamdulillah. Tahun ni raya kat guaq chempedaqqq. Udah ke utara pula. Kalau dulu kat Kundang, Melaka. Tahun ni ke utara kita yer. Yerhuuu, meh lah tanned2 kan diri di sawah padi.

Raya 1

Iwan, Diha, me, Ahan. Tak tahu lah kenapa boleh tergedik2 amik pic di kala hari raya. Mungkin terasa ohsem kot. Silalah maafkan yang di tgh2 itu yer. ^__^ Masa ni baru je abis smayang raya, kul 10 ko baru abis semayang raya. Meriah. Jom gerak ke umah wan.

Raya 2

Zara in da house yoooo. Baby techik yang suka jerit kuat2, nangis kuat2, tapi tak kuar air mata. So, ai ngan omaknya syak Zara cuma ingin mengasah vokal supaya serak2 seperti Haley Reinhart. Zara juga suka borak2 jerit2. Penat juga nak layan Zara borak2. Tapi best.

Raya 9

Sesi bermaafan sambil acara melontar duit raya. Hu3. Acara ini paling ditunggu2 oleh ai. Nak nak acara bertukar2 sampul raya dengan abah. Kalau abah bagi seratus, ai bagi balik seratus. Begitulah setiap tahun. Ha3, langsung tidak berguna ini anak. Keh3. Lihat Jijah dengan bantal bushuk nye. Tak mau lepas2.

Raya 3

Acara seterusnya, bersimpuh2 nak amik pic beramai2. Berhimpit2, kerana takut pic tak masuk dlm kamera. Padahal ruang masih besar lagi. Jika tahun lepas, tragedi amoi jahit baju terbalik, tahun nih tragedi warna tema. Asalnya telah diisytiharkan bahawa tahun ini adalah biru bayi, baby blue. Namun, atas kekangan harga baju murah utk warna2 tertentu, maka, hanya beberapa org yang pakai baby blue. Maaf yer adik2 ku. Takpe, sib baik karpet getah itu warna biru juga. Sedondon. Owh, warna baju saya juga sedondon dengan karpet masjid. Pasrah. *__^

Raya 6

Sebelum pulang ke key ell, amik pic bersama keluarga lagi. Hujung2, tinggallah ai ngan abah n umi n filzah. Yang lelain sudah mengikut pasangan masing2. Terbayang2, tahun depan, tinggal lah I sorang2. Hu3. Scary sungguh.

raya combine 1

Diha, Iwan n Zara. Sommel sungguh mereka.

Owppp, chuppp2. Ada artes nak ucap selamat ari raya.

IMG_7345

Vergaya tak si kenit Jijah ini. Gedik seperti abangnya. Ha3.

mood:~selamat hari raya semua~

Tuesday, August 14, 2012

Berbuka Buki di Puasa Ini ^__^

Yea, berjaya juga berbuka bersama2. Seperti artis ye masing2, susah bebeno nak gather. Artes sungguh. He3. Tanggal sabtu lepas, berbukalah kami di Maju Junction. Meriah sungguh jika warga2 yang hampir 30an berkumpul utk berbuka puasa.

Buka Buki 2

From the leff, Oman, Fai, Me, Ling, Zul. Ada sorang lagi yang ada, namun identiti dirahsiakan atas dasar2 kekeluargaan. Hehhh. Berbuka di Dapur Penyet, Maju Junction. OK berbuka di sana. Tempat pun selesa. Maaf pic makanan tiada kerana makanan sampai agak lambat, dan keterujaan utk makan begitu rakus dan lahapnya.

Buka Buki 1

Tambah sorang lagi, Topek. Sungguh seperti anak2 asrama outing weekend bila bergambar begini di dalam shopping mall. Kih3.

Buka Buki 3

Haa, Mak Jemah. Shopping butang  baju Melayu. Whamboi2, x tgk kiri kanan. yang silang beg kat tgn lah, yang sibuk jeling2 butang lah. Eh, keadaan menjadi ngeri apabila abg kedai menjeling tajam ke arah camera saya ini. Maaf bang. Heh3.

Buka Buki 4

Hurm, kalau bandingkan dengan tahun lepas, lagi sesak dan ramai tahun lepas la. Tahun ni x sesesak yang dulu. Tapi still, boleh dikatakan menyesakkan nafas dan tercungap2 bila berada di tengah2 kedai. Sangat menghargai adik-adik yang gigih menjual air tin dalam troli tolak2. Sejuk tekak sroott2 100plus.

Buka Buki 6

Haaa, bila dah berjalan berpeluh2 seperti abg bangL, perlulah mengisi perut lagi. Iyalah, kembali lapar dengan segera setelah aktiviti jalan2 sambil seshopping di jalan TAR. Mari serbu House of Real Beriyani. Bersebelahan dengan kedai mamak Lotus, berdepan dengan Maju Junction.

Buka Buki 5

Naan Cheese terbaekkk!!! Amik, cheese melimpah2 seperti makan Pizza. Sedikit rasa bersalah menyelubungi diri tiap kali menyuap Naan Cheese itu. Slrrppp…

Setelah berhempas pulas di Jalan TAR, teringin pula tgk wayang. Terus zaasstt ke Pavi. Maaf lah kepada mereka yang bersama2 menonton Total Recall showtime 12.30pm, kami berpeluh2 sketla. He3.

OK, saya tahu saya agak ketinggalan. Tapi saya nak bgtau gak. Pada malam itu, saya dengan bangganya telah merasa…

 

Buka Buki 7

Chatime…
OK, sila jangan sebut chet-taim, silalah pronounce as char-taim… Tq TP…

Buka Buki 8

Peace… Tahun ni main gamelan kat Mandarin Oriental, KLCC. Ting toongg tinggg…

mood:~raya nak raya nak raya…~

Wednesday, August 8, 2012

Ewh, tak baik tau… Zalora OK apa???

eih, dalam nak tdo, menggesek2 kaki kat bantal peluk cari feel nak tdo, sambil belek2 phone, tetiba ternampak plak org post pasal Zalora Penipu??? Aiyaakkk, selaku duta Zalora tak berbayar nih, anginlah seketika. Huhuhu.

Terus, bgn, taip2 kat lappy. Terpanggil nak kongsi pengalaman ngan Zalora. Eh, xde prob pun ai ngan Zalora. Rasanya, dah masuk kali kelima shopping kat Zalora. Beli baju kemeja, beg, dompet, kasut dan terbaru baju jalan2 utk raya. Baju bunga2 u. Suweettt.

Tak kisah lah kot kalau nak kongsi pengalaman, nak share apa yang terjadi. Maybe kot tetiba ko ada prob time deal ngan Zalora. Tapi der, janganlah sampai menghasut supaya takyah beli kat Zalora bagai. Wah wah wah, manusia kan, cepat bebeno jatuh hukum. Ko kena sekali, terus condemn abis2an. Kalau takat ko nak share peristiwa kekecewaan ko, then just suh org nilai sendiri. Takyah nak hasut2 org der *saya emo ye tuan tuan dan puan puan.

Dah menjadi kelaziman, jarang kita nak bercerita tentang kebaikan org. Namun, laju je jari menaip, mulut mengata, mata mengerling menyatakan keburukan org. Huih, ini juga diingatkan kepada diri sendiri yang masih belajar utk tidak mudah menghukum org lain.

Kesimpulannya, ok je Kak Jah, Kak Odah kalau nak shopping kat Zalora. Adat ah kalau online shopping, lambat sket sampai, size tak ngam, kaler nampak lain sket. Itulah risiko ko kena amik kalau online shopping. Takmo ada risiko camtu? Haaa, menapak ah ko g beli kat shopping mall. *eh, emo lagi…

zalora

Wow weee, Koleksi Ning pun ada??? Mari…

mood:~ok, pagi2 dalam kul 1, saya memang suka emo. ha3…~

Tuesday, August 7, 2012

Strangers–Iklan Petronas Raya… best woot woot…

Sila sediakan tisu jika anda ingin menonton filem pendek ini. Jikalau anda sedang menonton di tempat umum, seperti di library, di kaki lima shopping mall, silalah pakai cermin mata hitam anda. Supaya org tak pelik anda tetiba nangis sorang2. Tapi jika dah berspek mata hitam, janganlah pula lalu2 depan mahkamah syariah, kang org igt uols nangis2 baru pas kena cerai. Smile

Smart weh, filem pendek nih. Yang ditayang kat tv, separuh je. Puasa 2.30 am sampai 8.30pm. Haa, nangis tak nangis. Redza Minhat memang sempoi la. Story line yang best. Uish, best2.

Silalah menonton yer. Gelak ada, nangis ada, terharu pun ada. Complete lah.

“Alumunium foilll!!!!!!!~

mood:~ Smile ~

Friday, August 3, 2012

Chong Wei yang menang, kita yang kenyang :)

Haaa, tengok title. Ala2, perumpamaan lembu punya susu, sapi dapat nama. Chupp, betul ke sapi yang dpt nama sebab susu lembu. Rasanya lebih tepat kalau “Lembu punya nama, Nestle dapat nama”. Keh3.

Chong Wei Lee of Malaysia celebrates winning against Kashyap Parupalli of India
credit to: thelondon2012

Hiyeaahh, Tahniah ye Dato’. Baru je menang ngan Chen Long utk peringkat separuh akhir. Apabila melihat Lin Dan dalam satu lagi separuh akhir, dengan yakinnya Lin Dan yang akan bertemu dengan Chong Wei. Hopefully tercapailah impian Malaysia utk mendapat emas sulung di Olimpik ni yer. Pergi Chong Wei, Pergi Pergi Pergi!!! *eh, lain macam plak bunyinya kalau direct translate Go Go Go kepada Pergi Pergi Pergi Smile with tongue out

Haa utk yang tak tahu seperti saya ini. Kita akan dapat makan ais krim percuma jika Malaysia berjaya bawa pulang pingat emas di temasya olimpik 2012 ini.

baskin-robbins
credit to: Baskin Robbins

Acara makan-makan secara percuma ini bakal diadakan pada

Tarikh: 8 Ogos 2012 (Rabu)
Masa: 8 – 10pm
Tempat: Di semua outlet BR (kecuali di Pantai Hospital, Genting Theme Park)

Marilah kita doa-doakan agar Chong Wei dpt emas. Bak kata org, Chong Wei yang menang, Kita yang kenyang Open-mouthed smile

mood:~emas emas emas…~

Wednesday, August 1, 2012

Nak beli My Qalam, promosi Ramadhan di NFFaithEnterprise

Fess-ov-oll, bukan saya yang jual yer. Saya cuma belikan org lain thru NFFaithEnterprise. Kang org igt I dealer pula.

my qalam promosi

My Qalam. Menarik nih. Kita sesentuh je pen digital tu, kita akan dengar bacaan daripada Qari yang bertauliah. Jangan risau kalau-kalau terbeli yang tak sahih ketulenan nya. Ada jaminan dari Jakim. Check logo JAKIM kat produk. Nak tahu lebih lanjut, silalah google ye kawan-kawan.

Ada warranty setahun wohhh. Kot2 lah anda begitu gigih menggunakan myQalam, sampai koyak2, leh lah guna warranty tu. Untuk promosi nih (sehingga stok masih ada) dapat percuma sejadah kompas, tasbih digital, panduan haji dan umrah dan kamus melayu-arab. Weweeee, 4 free gifts gittew.

Mari serbu NFFaithEnterprise ramai-ramai. Bukan ada My Qalam je, ada yang lain-lain. Jom shopping2 raya. Senang weh berurusan dgn NFFaithEnterprise, FB msg, bank in duit, terus dia pos. Free uols postage utk MyQalam. RM 290 utk satu set. Promosi Ramadhan.

errr, saya tak beli lagi MyQalam ni, tadi belikan utk kawan. InsyaAllah, kalau ada rezeki, boleh lah menyambau satu.

mood:~nak raya, yea yea yeayyy~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...